Adakah Masa Hadapan Telah Tiba?

WOW : firedauz 01/Dec/2014


Masa kecil dulu, selalu membayangkan macam mana rupa masa hadapan berdasarkan pengaruh animasi kartun ataupun filem yang popular pada masa tersebut. Kini, dengan segala teknologi yang semakin canggih, timbul persoalan, adakah masa hadapan yang pernah terbayang suatu masa dulu telah tiba?

Buktinya?


Sebuah pasaraya maya telah dibuka di Korea dengan ciri-ciri yang lebih kepada mesra pengguna. Pelanggan yang ingin membeli sesuatu barang hanya perlu menekan gambar dan barang tersebut boleh diambil di kaunter bayaran.


Seperti konsep pasaraya maya, perpustakaan maya juga mempunyai fungsi serupa. Hanya perlu scan QR code pada image buku yang terpapar, pengguna boleh terus membaca di tablet ataupun telefon pintar.


Seorang lelaki sedang mendemonstrasi keupayaan mata tiruan yang dilengkapi kamera.


Sejak 2011, skrin LCD boleh lengkung dan fleksibel atau OLED ni mula diperkenalkan tetapi masih dalam peringkat ujian. Tetapi, bermula 2013 pelbagai produk bermediumkan oled telah mula membanjiri pasaran seperti telefon pintar Samsung Round, LG G Flex dan tak kurang juga tv LED, Samsung OLED.


Jangan tak tahu, Google telah lama berkecimpung dalam teknologi self-driving car atau kereta pandu sendiri ni. Kereta ni boleh ditemui di sekitar lokasi HQ Google iaitu di Carlifornia.


Tak lupa juga untuk para wanita yang inginkan susana dapur yang lebih teratur, kemas dan futuristik. Mempelkenalkan, peti sejuk tanpa pintu yang berkonsepkan jeli penyejuk.


Contoh paling mudah dan hampir dengan kita, telefon pintar. dulu 3310 setakat call, sms dan game ular je. sekarang dengan smart phone, cuba cakap ape yang tak boleh.
 

Aplikasi telefon yang membolehkan soalan matematik dijawab hanya dengan sekali imbas sahaja. wahhh


Teknologi skrin lenticular yang diambil dari konsep skrin 3D membolehkan dua skrin dipaparkan secara berlainan sudut. Sesuai untuk pemandu dan penumpang.


Camera translator membolehkan perkataan yang terpapar pada skrin kamera diterjemahkan secara terus. Hmmmm.. leh caye ke ni. haha


Yang malas semakin malas. Yeahhh.. tong sampah bergerak yang akan celapak laju menangkap sampah yang anda campak. huhu


 

Klik Untuk Log Masuk:
avatar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...