Apakah Alat Mainan Paling Laris Di Dunia?

WOW : firedauz 24/Jan/2015


Tahukah anda Kiub Rubik adalah alat mainan paling laris dijual. Menurut rekod, kiub rubik terjual sebanyak 350 juta unit di seluruh dunia pada tahun 2009. Pada tahun ini, Kiub Rubik akan menyambut ulang tahun yang ke 41 selepas kali pertama direka pada tahun 1974 oleh Erno Rubik.

Permainan ini hanya mempunyai SATU penyelesaian sahaja tetapi jangan terkejut sebab ia mempunyai kombinasi sehingga 43,252,003,274,489,856,000 gerakan atau bersamaan dengan 43 quintillion. (dah sah korang tak baca pun nombor2 tu. haha)

Ramai pengkaji mula mencari formula untuk menyelesaikan rubik dalam tempoh singkat dan pada tahun 2010, sekumpulan pengkaji menemui cara gerakan paling minimum untuk rubik iaitu 20 gerakan.

Rekod rubik paling pantas pernah diselesaikan adalah selama 6 saat sahaja oleh Mats Valk dari Belanda - 5.55 saat pada 2013. Bagi yang takda bakat, rekod boleh mencapai berjam-jam, bawak ke hari, bulan dan mungkin bertahun-tahun masih lagi tak dapat nak selesaikan.

Bagaimana pun, 5.55 saat itu sebenarnya belum cukup pantas. Pada Mac 2014 Cubestormer III iaitu sejenis robot khas berjaya menyelesaikan rubik hanya dalam 3.253 saat.

Jangan tak tahu, pereka kiub rubik itu sendiri, Erno Rubik juga mengambil masa hampir sebulan untuk penyelesaikan permainannya.


Klik Untuk Log Masuk:
avatar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...