Awas Parasit Di Dalam Mata

OUCH! : firedauz 05/Feb/2015


Bila ditanya tentang haiwan berbahaya kepada manusia, pasti ramai terbayang-bayang haiwan berbisa seperti ular dan serangga tetapi ramai yang tidak tahu, ada juga haiwan berbahaya yang menumpang di depan mata kita sendiri.

Cecacing Mata Afrika, juga dikenali dengan nama cecacing loa loa banyak dikesan di bahagian barat Afrika. Parasit ini dianggarkan menjangkiti hampir jutaan mangsa setiap tahun.

desktop 1422634230

Cecacing tersebut dibawa oleh sejenis lalat yang menghinggapi manusia seterusnya memindahkan larva cacing itu menerusi gigitan atau rogga kulit. Larva tersebut akan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain di dalam tubuh manusia tetapi ia selalunya akan melintasi di bahagian bebola mata.

desktop 1422634239

Ketika bergerak di bahagian mata, ia tidak menyebabkan gangguan pada penglihatan tetapi akan membuatkan mangsa berasa gatal dan pedih di bahagian tersebut.

Rawatan untuk membuang cecacing ini selalunya melalui pharmaceutical diethylcarbamazine (DEC) dan dalam sesetengah kes pembedahan akan dilakukan.

desktop 1422634229

desktop 1422634236
 


Klik Untuk Log Masuk:
avatar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...