Bagaimana Zirafah Tidur?

INFO : firedauz 19/May/2015


Pernah lihat bagaimana zirafah tidur? Jarang sekali yang dapat melihat haiwan tersebut tidur, ia kerap dilihat sentiasa dalam keadaan berdiri sambil mulut mengunyah makanan. Secara fakta, seekor zirafah biasanya tidur hanya dalam 30 minit sehari walaupun pada tahun 1950-an, para pengkaji ketika itu menganggap haiwan ini tidak pernah tidur walau beberapa minit berdasarkan pemerhatian ketika itu.

Menurut mereka, zirafah adalah haiwan mangsa jadi dengan fizikal mereka yang berkaki dan berleher panjang akan menyukarkan usaha menyelamatkan diri jadi haiwan ini sentiasa dalam keadaan berjaga dan jika tidur pun hanya dalam tempoh beberapa minit.


Klik Untuk Log Masuk:
avatar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...