Cara Membuat Bunga Lavender Dari Kertas

WOW : firedauz 14/May/2014


Sape yang nak belajar cara nak buat bunga lavender dari kertas boleh usya sini. Sesuai untuk cikgu-cikgu yang nak mengajar bebudak DSV yer.

Swirly Flowers1

Swirly Flowers2
1. Bahan-bahan yang diperlukan adalah gunting / cutter, gam dan kertas berwarna. Warna hijau dicadangkan khas untuk buat daun.


Swirly Flowers3
2. Kertas warna adalah atas pilihan dan kreativiti korang sendiri ye. Kalau boleh kaler sendiri kertas tu boleh buat shading2 sket.


Swirly Flowers4
3. Okeh, lipatkan sisi kertas lebih kurang 2 inci bagi memudahkan korang letak gam nanti.


Swirly Flowers5
4. Lepas tu, gunting secara jejari di sebelah lagi dan jangan melebihi ruang 2 inci tadi. Panjang dan lebar jejari tu atas pilihan sendiri.


Swirly Flowers6
5. Dah siap, pastikan korang dapat bentuk yang macam dalam gambar ni ye.


Swirly Flowers7


Swirly Flowers8
6. Sekarang, gulung pulak kesemua jejari yang korang buat tadi.


Swirly Flowers9
7. Dan korang akan dapat hasil macam ni.


Swirly Flowers10

Swirly Flowers11
8. Ambil kertas warna hijau untuk buat batang bunga. Caranya, gulung secara serong agar batang tidak mudah patah.


Swirly Flowers12

Swirly Flowers13
9. Sapukan gam pada gulungan bunga tadi dan lekatkan pada batang dan lilitkan secara dari atas ke bawah dengan teliti.


Swirly Flowers14
10. Sementara tunggu bunga tadi kering, korang boleh buat dedaun dulu. Batang dah ade, daun kene la ade jugak.


Swirly Flowers15
11. Lipatkan kertas tu macam korang nak buat kipas.


Swirly Flowers16
12. Gunting celahan kertas dan seterusnya di kedua belah sisi secara menirus.


Swirly Flowers17

Swirly Flowers18
13. Taraaa..! hasil sepatutnya macam ni ye.


Swirly Flowers19
14. Next.., letak gam dan lekatkan macam dalam gambar tu. Molep.


Swirly Flowers20

Jeng3... Jadilah lavender kertas yang kiut ni :)

 


Klik Untuk Log Masuk:
avatar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...