Hadlaju Paling Tinggi Di Dunia

WOW : firedauz 23/Jan/2015


Jika lebuhraya kita yang ditetapkan hadlaju 110kmj itu masih dianggap perlahan, anda perlu cuba memandu di laluan khas Pengkalan Udara Holloman di New Mexico sepanjang 15.5km dengan hadlaju dibenarkan sehingga mach10. Mach 10 bersamaan dengan sepuluh kali kelajuan bunyi iaitu 12,250.4 kmj. Masih belum ada sesiapa yang mampu memecahkan rekod Mach10 sehingga kini. Bagaimana pun, rekod terpantas pernah dicatatkan ialah 8.5 Mach pada April 2003.

Laluan ini bagaimanapun bukanlah untuk kegunaan kenderaan awam tetapi hanya dikhususkan untuk kegunaan ketenteraan sahaja umpamanya untuk pengujian kenderaan tentera dan juga misil. Jet tempur Raptor F22 juga pernah menggunakan laluan ini untuk tujuan pengujian ketahanan pesawat.


Klik Untuk Log Masuk:
avatar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...