Helmet Pintar Umpama Helmet Ironman

WOW : firedauz 07/Jan/2015




Siapa sangka imaginasi teknologi yang dipaparkan menerusi filem-filem Hollywood khususnya siri Iron Man bakal menjadi sesuatu yang realiti? Walaupun Google Glass telah mula menerajui teknologi sebegini tetapi kejayaannya masih belum mampu menjadi satu fenomena.

Di Russia, sekumpulan pembangun kini giat membangunkan satu projek helmet pintar yang diberi nama Livemap. Tujuan utama ialah memudahkan para penunggang motosikal menggunakan teknologi GPS tanpa perlu alatan tambahan lain kerana paparan visual peta dan maklumat berkaitan akan terpapar di permukaan penutup helmet.

Livemap dijangka akan dipasarkan sekitar tahun 2015 dalam anggaran harga $2000. Menerusi prototaip yang baru dikeluarkan, Livemap bakal dilengkapi dengan pelbagai fungsi asas seperti telefon pintar.


Klik Untuk Log Masuk:
avatar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...