Perbezaan Adalah dan Ialah

INFO : firedauz 05/Jan/2015




Walaupun dalam peperiksaan mata pelajaran BM selalu mendapat markah yang boleh dibanggakan tetapi masih ramai yang belum menguasai penggunaan yang betul bagi dua perkataan ini.


Perbezaan Ialah Dan Adalah

Kata Pemeri ialah hendaklah digunakan di hadapan kata nama. Contoh ayat yang menggunakan kata pemeri ialah .
1. Pengetua sekolah saya ialah Paun Rahimah Bt Abdullah

Kata pameri adalah digunakan di hadapan kata adjektif atau kata sendi nama seperti berikut:
2. Tarikh kejohanan itu adalah pada 15 Mei 2010-05-18
3. Adalah sukar untuk beliau membuat keputusan itu.


Namun demikian kata pameri adalah tidak boleh diikuti oleh kata kerja seperti dalam ayat di bawah ini:
4. Keputusan penyertaan adalah  bergantung pada pihak pengurusan syarikat tersebut. (salah)


Kata pemeri ialah pula boleh diikuti kata kerja atau frasa kerja yang berfungsi sebagai kata nama atau frasa nama.
Contohnya:
5. Tanggungjawab ibu bapa ialah mendidik dan memberikan nafkah kepada anak-anak.

Sumber: Berita Harian


Klik Untuk Log Masuk:
avatar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...