Pernah Lihat Kabel Internet Bawah Laut?

INFO : firedauz 05/Feb/2015


Pernahkah anda terfikir bagaimana talian internet di seluruh dunia disambungkan? Ramai beranggapan talian internet dihubungkan menerusi tanpa wayar atau satelit. Anda salah. 99% transmisi data internet di seluruh dunia sebenarnya menerusi rangkaian kabel bawah laut merentasi pelbagai jenis lautan dunia.

Kabel akan dipasang menggunakan kapal khas dan selalunya dipasangkan berdasarkan kedalaman tertentu di laut dan menurut rekod, bahagian paling dalam pernah dipasang kabel ialah di antara Jepun-AS pada kedalaman 8000 meter di bawah paras laut hampir menyamai ketinggian gunung Everest!

Pemasangan kabel bawah laut selalunya agak sukar kerana permukaan dasar laut yang terdiri daripada pelbagai bentuk dari pasir, lumpur, jurang dan juga terumbu karang. Walaupun pasukan ekspedisi yang bertujuan untuk memantau dan mengkaji laluan terbaik untuk pemasangan kabel, mereka tetap juga berdepan dengan pelbagai masalah seperti cuaca dan ombak besar selain terpaksa mengelak dari kawasan laut cetek dan terumbu karang bagi menjaga ekosistem semulajadi laut.

Mereka juga perlu mengelak dari memasang di kawasan menangkap ikan bagi memastikan kabel tidak terluka atau rosak akibat dari pukat atau sauh kapal.

Jangan terkejut, kabel dasar laut bukanlah sebesar tong drum. Ukuran biasa hanyalah berdiameter sekitar 20cm sahaja. Tetapi, ketebalan kabel bergantung kepada kedalaman kawasan pemasangan.

Makin dalam, makin tebal kabel tersebut bagi menghalang tekanan di laut dalam. Namun, jika di kawasan laut cetek kabel akan ditanam di bawah lantai laut untuk menjaga ketahanan.

Jadi, jika ISP anda memberi alasan kabel bawah laut mengalami gangguan, anda tidak perlu merungut kerana mereka ada pasukan professional sedang bertungkus lumus untuk memberikan servis terbaik.


Klik Untuk Log Masuk:
avatar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...