QZ8501 - Rakaman Radio ATC Dan Juruterbang Didedahkan

Semasa : firedauz 07/Jan/2015




RABU, 7 JANUARI 2015 @ 12:46 PM
KUALA LUMPUR: Satu rakaman suara didakwa salinan rakaman komunikasi antara Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC) Lapangan Terbang Juanda, Surabaya dengan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 disebarkan menerusi satu laman web, SoundCloud.

Audio rakaman berdurasi 20.28 minit itu mula dimuat naik ke laman web berkenaan Sabtu lalu oleh pengguna dengan identiti 'digitizing'.

Sehingga jam 12.30 tengah hari ini, audio berkenaan sudah diikuti oleh 26,701 pengguna internet.

Memetik laporan di portal media teknologi Indonesia, KompasTekno semalam, audio komunikasi itu dikatakan memuatkan kebenaran ATC kepada pesawat itu untuk terbang di laluan Surabaya-Singapura.

Sumber dalaman KompasTekno turut mengesahkan ia adalah rakaman sebenar ATC Juanda pada 28 Disember iaitu tarikh hilangnya pesawat AirAsia Indonesia di Laut Jawa.

Perkara itu kata laporan berkenaan disahkan berdasarkan lalu lintas pesawat lain yang dikawal pada pagi itu.

Fail itu dirakam dalam format UTC atau waktu Zulu (GMT +0) sehingga tarikh yang dicatat masih 27 Disember jam 22.25 GMT, yang membawa maksud, Ahad 28 Disember jam 5.25 Waktu Indonesia Barat (WIB).

Dalam rakaman audio itu, pada minit ke-10 terdengar suara dari AirAsia QZ8501 (dengan callsign Wagon Air 8501) yang memberitahu kedudukannya di ruang parking A9, dengan pendaftaran PK-AXC (Alpha X-ray Charlie), jumlah penumpang, dan tujuannya ke Singapura.

Pesawat QZ8501 membawa 155 penumpang berlepas dari Surabaya ke Singapura, namun dilaporkan terhempas di Laut Jawa.

Sehingga kini, 39 jasad yang menaiki pesawat sudah ditemui, namun bangkai utama pesawat itu masih belum ditemui ekoran cuaca buruk.
SUMBER: BERITA HARIAN


 
 

Klik Untuk Log Masuk:
avatar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...