Senarai Video Youtube Paling Banyak Ditonton

INFO : firedauz 25/Jan/2015


Pada minggu terakhir Disember 2014, pihak Google secara rasminya mengumumkan klip video PSY - Gangnam Style yang viral di seluruh dunia telah melepasi jumlah tontonan lebih 2 billion atau dengan statistik tepat, 2,147,483,647 tontonan. Kenapa dengan jumlah tersebut dan kenapa Google tampil membuat kenyataan?

Sebab utama ialah sistem kiraan jumlah tontonan Youtube berdasarkan sistem 32-bit bermakna Youtube hanya mampu menghitung jumlah tontonan setakat 2,147,483,647 sahaja dan pihak Google mahupun Youtube sendiri tidak menyangka ada video yang boleh melepasi jumlah paling besar tersebut. Jadi, Google atas desakan video Gangnam Style itu terpaksa mengambil keputusan untuk menaiktaraf sistem sedia ada kepada 64-bit bagi memberikan keupayaan yang lebih besar dari segi kiraan jumlah tontonan.

Gambar berikut adalah senarai video paling banyak ditonton sehingga Disember 2014.

Jumlah tersebut tidak berhenti di situ sahaja malah sentiasa bertambah dengan paten yang konsisten untuk tiga video teratas berdasarkan statistik di bawah.

 


Klik Untuk Log Masuk:
avatar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...